KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak menyoal jika Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memindahkan AS$700 juta daripada syarikat itu kepada Good Star Limited yang dimiliki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penguasa Kanan Nur Aida Arifin, 37, berkata ini kerana beliau berpendapat soalan mengenai transaksi tersebut tidak penting untuk diajukan kepada bekas Perdana Menteri itu, bagaimanapun memaklumkan beliau ada bertanyakan perkara itu kepada Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.
Wan Azwan: Adakah anda bertanya kepada Najib sama ada arahan untuk memindahkan 70 peratus daripada jumlah pelaburan AS$1 bilion itu datangnya daripada beliau?
"Saya hanya bertanya kepada Shahrol Azral. Saya tidak bertanya kepada Najib. Saya rasa tak penting," katanya.
Nur Aida, yang tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa Shahrol Azral adalah 'alter ego' Jho Low, berkata Shahrol Azral percaya bahawa setiap arahan Jho Low adalah daripada Najib.
Saksi pendakwaan ke-49 itu juga mengakui bahawa Najib tidak mengarahkan Shahrol Azral dan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan syarikat itu Casey Tang Keng Chee untuk menyembunyikannya (transaksi AS$700 juta) daripada pengetahuan lembaga pengarah.
Pada 2022, bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah memberi keterangan bahawa Najib hanya mendiamkan diri, relaks dan tidak memberikan sebarang reaksi atau mengambil sebarang tindakan berhubung transaksi AS$700 juta itu.
Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Nur Aida berpendapat soalan mengenai transaksi tersebut tidak penting untuk diajukan kepada bekas Perdana Menteri itu, bagaimanapun memaklumkan beliau ada bertanyakan perkara itu kepada Datuk Shahrol Azral. - Bernama
U-Bes mahu popularkan sukan memanah berkuda di luar Pantai Timur
Marwan berkata, sukan memanah berkuda ketika ini belum popular di negeri-negeri lain kecuali di negeri Pantai Timur sahaja.
Penternak akuakultur digesa daftar GeoAgro sebelum mohon BUDI MADANI
Hanya 1,232 penternak akuakultur berdaftar telah memohon untuk mendapatkan sumbangan susulan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.
Pengundi Iceland pilih Presiden baharu, bekas Perdana Menteri turut bertanding
Penyandang yang sangat popular, Gudni Johannesson, tidak bertanding semula selepas dua penggal memegang jawatan presiden.
Masalah Boeing boleh jejaskan seluruh industri, Airbus beri amaran
Masalah Boeing boleh menyebabkan lebih ramai orang mempersoalkan sejauh mana keselamatan penerbangan.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Bangunkan potensi pelancongan, pertanian desa Sabah melalui koperasi - Ewon
Setakat ini sebanyak 48 koperasi terlibat dalam sektor pelancongan dan pertanian desa di Sabah dengan jumlah perolehan terkumpul RM8.3 juta.
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Mei 2024.
Najib tidak pernah ambil tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB - Pegawai penyiasat
Najib tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pihak pengurusan 1MDB walaupun terdapat banyak tanda amaran yang ditunjukkan oleh mereka semasa berkhidmat dalam syarikat pelaburan strategik itu.
Bicara 1MDB babit Najib selesai hari ini
Pihak pendakwaan menutup kes berkenaan sejurus semua 50 individu selesai memberi keterangan terhadap bekas Perdana Menteri berkenaan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Mei 2024.
Pelaburan 1MDB tidak bawa keuntungan - Pegawai penyiasat
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelaburan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membawa sebarang keuntungan.
Najib cuba sekat siasatan SPRM terhadap 1MDB - Saksi
Mahkamah diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak telah cuba menyekat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap 1MDB.
Jho Low catur operasi 1MDB - Saksi
Penyiasat SPRM bersetuju di Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low mencatur semua operasi dalam syarikat 1MDB.
1MDB, pegawai bank tidak pernah bersubahat tipu Najib - Saksi
Pengurusan 1MDB dan beberapa pegawai bank tidak pernah bersubahat untuk menipu Najib serta rakyat Malaysia berhubung pelaburan syarikat itu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai
Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman US$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewa
1MDB saman Patrick Mahoney, tuntut bayar semula wang US$1.83 bilion
1MDB memfailkan saman terhadap Patrick Mahoney bagi menuntutnya membayar semula wang berjumlah US$1.83 bilion kerana didakwa telah membantu beberapa individu berhubung penyelewengan dana 1MDB.